Tuesday, March 12, 2013

He is the one

Assalamualaimualaikum and Anneyeong *lambai lambai tangan*

Fuhhh fuhhh. mak aih bersawang dah blog dee ni. Ni bukan bersawang namanya sempat terkubur kejap. HAHA. -_______- oke bukan sekejap. Dah setahun tak post ape ape. Takde idea ok. Now with new life, new love and new story. Eh, new love ? Yes saya tukar boypreng lagi. keke. Yang lama mane ? Dah takde jodoh kot, ayat klise phuuiii.

Nak cerita pasal new love ni kelakar sangat sebenarnya. Cuba korang bayangkan, ok pejam mata sekarang. eh, tak payah lahh. kalau korang pejam sape pulak yang baca dee taip banyak-banyak ni. korang bayangkan je lah. kawan lelaki yang selama ni korang memang anggap sebagai kawan boleh jadi salah seorang yang penting dalam hati korang.


kelakar kot, dee dengan dia ni memang rapat. bila dee ade masalah dengan ex dee dulu. he always there heard it. nak dijadikan cerita kitorang ni kenal masa dee mula-mula masuk kompang dekat kampung dee dulu. eh, i reti kompang ok, wahh ! kelass kauu. HAHA. time ni dee dengan kawan kawan perempuan dee adalah budak perempuan yang first masuk kompang wakil kampung dee. sebab selama ni diorang ambik budak lelaki. dee masuk pon sebab kawan dee ajak. lagipun practice kompang tu malam cuti sekolah. daripada bosan dok rumah dee join lahh.


dia ni pemalu sangat budaknya, lagi lagi kalau dengan perempuan yang dia tak rapat. HAHA. comelkan. >.< dee ni kan memang muka tak malu. semua budak laki dalam kompang tu dee layan. bukan layan yang bukan bukan tu ok. no no no. dee sembang, gurau dengan diorang tak kira lah berape umur diorang. KEKE. one day tu, group kompang ni kena buat opening untuk hari sukan sekolah dee. benda ni jadi 3 tahun lepas, masa   tu rehat lepas practice. masa dee nak pergi ambik air time ni budak budak bawah dee tanya ape name dee sebab masa tu baru lagi dee dalam group. yang tanya tu dia lahh.


bila dah selalu jumpa time practice kompang, kitorang pon dah start rapat. kalau takde practice kompang dia dengan kawan kawan dia. jap, kawan dia kawan dee jugak. diorang rajin lepak rumah dee. pergi kenduri sama sama. macam korang dengan kawan lelaki korang lah kann. rupanya bila dah rapat dia ni suka sangat kacau dee. sakat sakat dee. ye lahh, dee kan pendek. sobbss. sebenarnya, bila kitorang dah start rapat peresaan dee dekat dia jadi lain. tak macam kawan. tapi dee ignored jee sebab dee still nak jaga relay dee dengan ex.


bila dee ada problem, dialah yang selalu dengar. kalau dee bosan dekat dia lah dee bebel banyak banyak. yang dia ni pon dengar je. yang kelakarnya, dee cakap beratus patah. dia jawab dua tiga ketul jee. ade ke patut. hampeh betul mamat ni. tapi dia sebab dia pemalu takpe lahh, HAHA. until one day tu, dee gaduh besar dengan ex dee. lepas tu dee ngadu dekat dia, masa dee ngadu tu dee menangis dalam fon. masa call tu dia tanya dee dekat mana, dee bagitau dia matikan call. tak lama lepas tu tetiba dia muncul. dia tenangkan dee. masa tu dee terharu sangat sangat. sebab dia sanggup buat macam tu. masa tu dia bengang sangat dengan ex dee sebab buat dee macam tu. siap nak pergi bargaduh kott. dee tak sangka sangat sampai macam tu sekali dia marah dekat ex dee.


tak lama lepas tu, dee clash dengan ex dee. now here we are, one step forward in our friendship. dee selesa sangat dengan dia. sebab kitorang start as a friend, walaupun kitorang baru je 3 bulan. tapi rasa macam dah 3 tahun. dia selalu tolong dee, family diorang pon kenal dee. one more thing, rupanya kitorang dee sedara. tapi sedara jauh jauh jauh jauh jauh jauh sangat. entah macam mana pusing nya dee pon tak tahu. setakat bau bau pelam macam tu je lahh. HEHEHE. bak maii cheq mention sikit nama dia.

Woi Muhammad Nur Azri aka Jery. Thanks sebab selalu dengar masalah aku, dengar bebel aku. kau kan suka dengar aku cakap. entah apa yang seronok pon aku tak tahuu. HAHA. Aku sayangg kau wehh. Thanks abang. :)

note : apa yang kita kejar selama ni tak dapat biar kan. sebab Allah tu tahu ape yang terbaik untuk kita. perhatikan depan mata kita dan hargailah sebaiknya. xD