Tuesday, January 31, 2012

Bila post status tanpa berfikir

Assalamualaikum..post kali ni agak memalukan bagi dee.. -.-'' korang nak tahu sebab ape ? ni haaa..












TADAAA !!!


nampak tak ? dee post kat status dee baru je tadi..tak lama lepas tu dee tengok abah dee komen status ni..dee tuju status tu untuk sayang dee sebenarmye..tapi macam mane abah dee bole komen kat sini..argghhh !! sumpah malu sangat time tu..tapi sekarang dah oke daa..lagipun abah dee tau dee couple dengan Si Dia sebab parents dee dah kenal dia..hehehe.. tapi jujur dee bagi tau dee malu gile larh.. >.<

Wednesday, January 25, 2012

Dari lelaki jadi perempuan ??

Assalamuailaikum..Annyong~ *sambil lambai2 tangan*

Sori sebab dah lame tak post sebarang entry dekat blog dee..miyane~ *sorry* :( bukan dee tak nak post..jom kite pergi ke tajuk utama..*wink wink*

Seriously, dee memang tak paham sangat dengan kaum lelaki sekarang..dari lelaki nak jadi perempuan..ape masalah diorang ni sebenarnya..kalau lelaki yang lembut dee boleh terima lagi..even dia lembut tapi dia still sedar dia lelaki..dress up lelaki..sebab dee ade kawan macam ni..tapi, kalau yang lembut tapi tak sedar diri awak tu LELAKI ..paham ? jom eja sesame.. L.E.L.A.K.I. kalau tak paham jugak tak tahu lah.. *geram*


Ni yang dee bace dalam paper 2 hari lepas..korang bayangkan..semata-mata nak jadi sebijik macam perempuan laki atas ni sanggup keluarkan duit berpuluh riban..kalau kau guna duit tu pegi umrah lagi bagus nokk..memang lah hak individu..tetapi, sedarlah..agama islam sendiri melarang umatnya menukar jantina..fikir-fikirkan lah..dekat malaysia terlalu ramai kaum hawa..tak payah lah nak tambahkan lagi kaum hawa..aish.. -.-''


Mesti dah ramai baca pasal artikel dalam Harian Metro ni kan..kalau yang dah baca mesti tau..walaupun ada kesan sampingan bila dia buat segala pembedahan termasuk buang bahagian sulit..diorang ni macam tak kesah jaa..sanggup tanggung semua risiko tu nanti..RM 70k tu boleh buat macam2 lah selain buat pembedahan tak berfaedah tu..kalau dee lepas bayar hutang ptptn kot..kepada yang dah terjadi macam ni..kite sebagai manusia yang prihatin..kita doa-doakan lah supaya diorang akan terima hidayah kembali ke pangkal jalan..AMIN ~

Wednesday, January 11, 2012

Hang Out !

Assalamualaikum.. :)

Korang sihat tak ? Hehe.. :D seperti yang korang tahu..korean wave sudah melanda ke negara kita.. dari segi lagu sampai lah dress up diorang menjadi kegilaan ramai rakyat malaysia.. Mesti korang rasa entry ni macam takde kena mengena dengan title dekat atas..relax dulu derr... ni baru intro nye... Sekarang baru kita masuk tajuk utama..omboih, tajuk utama dah macam penyampai berita pulak..

Baru-baru ni. dee keluar dengan cousin dee..nak tahu tak kitorang pergi mane ? kalau korang tak nak tahu pun dee nak bagitau jugak :p .. Kitorang pergi The Garden.. please jangan tanya dekat mane.. oke lah..bagi yang tak tahu..The Garden ni bersebelahan dengan Mid Valley..ape ? korang tahu ? haa..tu lah dia..kitorang pergi The Garden semata-mata pergi makan makanan korea..haha.. macam tak logik kan ? orang lain keluar pergi shopping..kitorang keluar sebab nak makan.. hohohoo >o<


Ni lah kedai dia, menurut maklumat yang dee tahu..pemilik kedai ni memang asal dari korea..dia dah 8 tahun stay dekat malaysia ni..awesome kan ? haha.. yang masak makanan ni budak melayu..dia nak tunjuk makanan ni halal..lagipun memang ada tanda halal bagi menunjukkan tanda tu dia upah budak melayu yang masak tapi setiap makanan yang dimasak pemilik kedai ni akan perhatikan..


Ni lah makanan yang kitorang order hari tu.. meh sini dee bagitau apa dia..

Atas : Kimchi Ramyun (Ramen) Kimchi ni sejenis makanan yang dijerukkan..majoriti dekat malaysia ni kita jerukkan buah kan ? yang ini sayur..dengan gaulan serbuk lada merah dan bahan2 lain..diperapkan selama seharian..

Tengah : Tteokbokki (spicy rice cake) rice cake atau dalam bahasa melayu nya kuih beras *macam pelik jaa bunyi* makanan ni diperbuat daripada beras pulut yang telah diproses..proses membuat rice cake ni sangatlah rumit..seriously rasa dia unik gila..sebab dia kenyal.. memang feeling gila dee masa makan Tteokbokki ni..masa mula-mula makan takde lah pedas sangat..dee wondering jugak ape yang spicy nye ?? dah banyak tu baru terasa pedasny.. merah muka cousin dee makan ni..dah lah dia putih.. huhu =>

Bawah : Bibimbap ( mixed rice with vegetable ) haaa..makanan ni dee punya.. korang nampak tak mangkuk kecik tu ? tu lah kimchi soup.. kimchi soup ni dia serve sekali dengan Bibimbap..bagi peminat drama korea..jom kita buat preview sikit..pernah tengok full house ? ada satu part han ji eun ( song hye kyo ) makan Bibimbap ni..tapi dia buat sendiri..tetiba Yeung Zhe ( Rain ) kata tu makanan anjing.. haha.. sangat kelakar..

Ni sedikit sebanyak gambar kitorang dekat The Garden..enjoy.. ^_^











Ending nye kitorang pergi KL Wedding Expo.. tak bernafas dee tengok baju-baju kahwin ni..tapi Expo ni ramai cina..sebab nak chinese New Year kot..citer pasal Chinese New Year ni. Si Dia ajak pergi rumah atuk cina dia..sebab even ayah dia dah convert islam tapi diorang still rapat as a family.. tapi dee segan kot..kalau mama dee izinkan insyaAllah dee pergi.. *wink wink*

Tuesday, January 10, 2012

Terima Kasih :)

Assalamualaikum.. :)


Firstly, dee nak cakap terima kasih sangat-sangat dengan wanita selendang coklat ni.. ni lah mama dee.. hari ni dee balik hostel dee kat puchong..on the way balik puchong mama dee singgah Sogo.. for what ?? mama dee belikan barang yang dee impikan sangat korang nak tahu tak apa dia ? nak tak ? nak tak ? *wink*


TADAAA !!! thats right.. ni lah DSLR.. huhu.. >.< dee tak percaya sangat dee dapat DSLR ni.. korang tengok tak iklan Canon Yuna tu ? haaa..ni lah camera nye.. fufufuu ~ masa beli ni ada 4 warna.. kelabu, hitam, merah dan coklat.. kalau tak dee nak ambik warna hitam..tapi, obviously ramai sangat yang guna warna hitam..dee tak suka ramai orang yang same dengan dee..eventhough ramai dah ade Canon ni..at least, tak ramai ambil warna yang sama dengan dee.. dee compare kan lah warna-warna ni..antara banyak-banyak tu.. warna merah dee nampak paling style lah..hahaha.. :o

Thanks sangat-sangat dekat mama sebab belikan DSLR ni.. along janji dengan mama along belajar rajin-rajin dan kalau boleh along tak nak kecewakan mama. sayaaaang mama sangat-sangat.. :D

Thursday, January 5, 2012

Rahsia..

Assalamualaikum... wewiiittt korang.. *wink wink*
Entry kali ni dee taip dengan penuh perasaan yang ceria.. Sebab dee baru berbaik dengan Si Dia..hehe..orang kate tak elok gaduh lame-lame nanti jadi renggang..


This time dee nak menolong kaum hawa sekalian..information ni sesuai untuk yang ada boyfriend, tunang, even ada laki pun.. XDD
Cara-cara nak mereka terasa dihargai.. boleh tak camtu ? boleh lah.. kan ? kan ?

1 - Sentiasa ambil berat pasal Si Dia..sebab mereka sangat suka apabila orang yang mereka sayang risau pasal mereka..tapi jangan terlalu ambil berat sangat..takut korang akan dilabel sebagai girl yang suka mengongkong..



2 - Bagi mereka kejutan..sepertimana kita kaum hawa suka kejutan..begitu juga mereka..contoh macam buat puisi ke..paling tak pun korang mesej tentang perasaan korang dekat Si Dia..maklumlah kita ni kan pemalu..so masa ni lah korang buat luahan perasaan..

3. Bagi diorang ruang untuk keluar atau bersantai dengan kawan-kawan diorang..tak kan lah korang nak doplohpatjam nak diorang layan korang jaa.. ada masanya bagilah diorang buat aktiviti kegemaran diorang..



4. Pilih baju untuk diorang masa keluar shopping sama-sama.. sebab setiap kali diorang tengok baju tu mesti diorang akan teringat dekat korang..tak semestinya baju..benda lain pun oke jaa..

5. Ambil gambar bersama..kalau segan bergambar berdua ambil dengan kawan-kawan pun takpe..asalkan ada gambar kenangan antara korang berdua..



6. Buat panggilan istimewa..kalau sebelum ni korang bersembang biasa..apa kata buat luar biasa sikit kali ni..korang nyanyikan lagu yang Si Dia suka ataupun yang korang berdua suka..kalau segan nak nyanyi live..korang nyanyi je dekat voicemail.. :D

Itulah antara tips yang dee kongsikan untuk korang semua..benda tu semua datang dari pengalaman dee sendiri..dee gembira sangat bila Si Dia cakap terharu dengan dee buat tu..harap-harap ni berkesan untuk korang semua..yang paling penting sentiasa berdoa agar hubungan korang diredhaiNya.. >.<

Wassalam.. :)

Tuesday, January 3, 2012

Sorry


Assalamualaikum semua.. :')

Entry kali ni datang dari hati kecil yang paling dalam.. *phuiii*


Dee serious oke.. jom ambil balik mood tadi..Dee ade problem sikit dengan Si Dia tadi.. sebelum tu Dee oke jaa bergurau mesra dengan Si Dia sambil layan Timeline.. tetibe dee ternampak gambar ex dee dengan gf baru  dia..seriously dee tak kesah langsung pasal gambar tu..dee cuma terlepas cakap "uish, awek baru.. dasar player.." then, Si Dia tanye "sape?" takkan lah dee  nak tipu dia sebab dee dah promise tak nak ada rahsia antara kita.. dee pon bagitau lah sape.. Start dekat situ, dah jadi haru.. :(

Dee tak sengaja pon nak sebut pasal ex dee tu.. lagipun dee langsung takde ape-ape perasaan pon..dee ingat lagi mase Si Dia cerita pasal ex dia..dee boleh diam je.. sakit hati ni dee seorang je yang tahu..tak lame lepas tu secara tie-tibe airmate dee jatuh..dee pon tak tahu sebab ape.. maybe sebab dee tak rela nak dengar kot..


Awak..
Saya minta maaf atas segala kesalahan saya..
Tak terniat pun saya nak sakitkan awak..

Awak..
Tahu tak.. awak pernah sakitkan hati saya..
Tapi saya tak ambil hati pun..

Awak..
Saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat..
Tak ada siapa yang layak gantikan tempat awak..
Terima kasih atas segalanya..

Sunday, January 1, 2012

Macam tak percaya !

Assalamualaikum..semangat gila dee nak taip entry kali ni..
Korang ingat tak entry dee yang dee masuk GA Nisa Kay ? Ingat kan ? ingat kan ? Seriosly dee terkejut sangat bila dee buka blog dee ade komen dekat entry dee yang tu..


Seriously, kalau hamba Allah ni tak bagitau pasal benda ni.. Mesti dee tak tahu yang dee dah terpilih dalam GA ni.. dengan pantas dee bukak blog kak Nisa.. then i saw this..


OMG !! my blog link's was there !! dee macam tak percaya jaa.. dah lah dee tak sihat.. bila dapat tahu pasal benda ni..dee melompat atas katil..haha *gelojoh* siap dee post dekat Timeline (facebook) dee.. semangat dapat lens.. dee minat sangat dengan lens.. kebetulan dapat fav gift kak Nisa bagi lens.. sebagai bukti dee minat lens.. korang nampak tak header gedabak dee dekat atas nuh ? nampak mata besar tu ? haa.. yang tu dee pakai lens brown colour.. *promote nampak* Ni first time dee masuk GA.. FIRST TIME ! tak sangka sangat dee boleh dapat.. Alhamdulillah.. orang kata kalau ada rezeki tak ke mana.. Mungkin rezeki dee baik bulan ni.. kepada yang wish good luck tu.. Terima kasih sangat-sangat korang.. muah.. To kak Nisa Kay, terima kasih kerana memilih blog tak seberapa ni.. : D

Here some koleksi lens yang dee ada.. tak banyak pon.. have fun.. XD



p/s entry dah lame dee buat.. tapi baru post hari ni.. sorry >.<