Thursday, January 5, 2012

Rahsia..

Assalamualaikum... wewiiittt korang.. *wink wink*
Entry kali ni dee taip dengan penuh perasaan yang ceria.. Sebab dee baru berbaik dengan Si Dia..hehe..orang kate tak elok gaduh lame-lame nanti jadi renggang..


This time dee nak menolong kaum hawa sekalian..information ni sesuai untuk yang ada boyfriend, tunang, even ada laki pun.. XDD
Cara-cara nak mereka terasa dihargai.. boleh tak camtu ? boleh lah.. kan ? kan ?

1 - Sentiasa ambil berat pasal Si Dia..sebab mereka sangat suka apabila orang yang mereka sayang risau pasal mereka..tapi jangan terlalu ambil berat sangat..takut korang akan dilabel sebagai girl yang suka mengongkong..



2 - Bagi mereka kejutan..sepertimana kita kaum hawa suka kejutan..begitu juga mereka..contoh macam buat puisi ke..paling tak pun korang mesej tentang perasaan korang dekat Si Dia..maklumlah kita ni kan pemalu..so masa ni lah korang buat luahan perasaan..

3. Bagi diorang ruang untuk keluar atau bersantai dengan kawan-kawan diorang..tak kan lah korang nak doplohpatjam nak diorang layan korang jaa.. ada masanya bagilah diorang buat aktiviti kegemaran diorang..



4. Pilih baju untuk diorang masa keluar shopping sama-sama.. sebab setiap kali diorang tengok baju tu mesti diorang akan teringat dekat korang..tak semestinya baju..benda lain pun oke jaa..

5. Ambil gambar bersama..kalau segan bergambar berdua ambil dengan kawan-kawan pun takpe..asalkan ada gambar kenangan antara korang berdua..



6. Buat panggilan istimewa..kalau sebelum ni korang bersembang biasa..apa kata buat luar biasa sikit kali ni..korang nyanyikan lagu yang Si Dia suka ataupun yang korang berdua suka..kalau segan nak nyanyi live..korang nyanyi je dekat voicemail.. :D

Itulah antara tips yang dee kongsikan untuk korang semua..benda tu semua datang dari pengalaman dee sendiri..dee gembira sangat bila Si Dia cakap terharu dengan dee buat tu..harap-harap ni berkesan untuk korang semua..yang paling penting sentiasa berdoa agar hubungan korang diredhaiNya.. >.<

Wassalam.. :)

No comments:

Post a Comment