Friday, May 11, 2012

umpama magnet


Annyong chingu yaa ~ *sambil kenyit mata* musim berkabung dah berlalu. si Dia pon kedengaran bahagia disana. k ayat skema. straight to the point. nampak tak title kat atas nuh. jangan risau memang takde kena mengena dengan sains atau sewaktu dengannya. -.- dan dee bukan student sains pon. *merapu*

Kalau korang perasan nama profile fb kawan-kawan korang masing-masing letak nama glamour lah kan. tapi ada sesetengah warga fb ni nama fb diorang berdasarkan lagu, drama, penyanyi even artis k-pop yang hangat menyengat masa ni. contohnya untuk lagu yang FEYMES sekarang ni Mr. Saxobeat. alaaa lagu yang lirik dia ulang benda yang sama sepanjang lagu tu. dee tengok kebanyakan kawan fb dee semua dok pakat beramai-ramai letak nama sendiri kat depan tambah Saxobeat dekat belakang. Saxobeat sangat *tangan kat bahu mata keatas*

Contoh untuk drama pulak, sekarang ni tengah tayang cerita Seindah Sakura. di TV3 setiap isnin hingga khamis jam tak ingat. slot akasia okeh ! *promote sat* mula lah masing tukar nama sakura something something. yang paling nampak sekali nama artis korea @ k-pop pujaan hati. >.< tapi ramai yang buat nama k-pop ni dekat dalam kurungan jaa. sebagai nama kedua lah kan. Sebenarnya dee tak kisah pon. sebab tu hak persendirian masing-masing kan. sebab dee sendiri macam tu. dekat dalam kurungan untuk nama fb dee Sis Mong. mana dapat pengaruh tu ? Opkos lah Runningman . keke. apa ? korang tak pernah tengok citer ni ?. DIE !. haha korang kena tengok sumpah best. dee bagi jaminan dekat korang mesti korang akan addict lepas ni. dah tengok jangan cari sebab pengaruh dari dee . *lari tajuk*

uh oh, nak bagitau korang berat dee dah naik SEKILO *baca dengan nada rendah sekilo tu* haha. terharu kot. at least ada peningkatan. *muka terharu*

abaikan kaki  tak cantik tu. ye ! selipar dee kaler lain-lain . kesah pulak . kbye



Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum..

Surprise !! rindu dee tak ? tak ? kesah pulak. haha. Sebenarnya dee dah lama tak update blog ni sebab dee busy yang teramat sangat *muka serius* semester dee pressure sangat then last semester..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..assignment dah hantar, exam dah jawab, presentation day pon not so bad.. dee tunggu markah je ni. harap-harap smua oke.. korang doakan tau.. :)

Masa exam pengajian malaysia haritu, tak ingat hari ape..dee jumpa boy dee tu pon last minute sebab masa tu kebetulan dia dekat KTM Rawang on the way nak balik rumah dia . Time tu dee tengah buat preparation nak exam kat kolej dee, then dia bagitau dia dekat mana . Dee ingat saja ajak dia keluar pergi kL lepas dee habis exam . Dee text lah dia nak ajak bagai, mula dia tak nak then dee pujuk baru dia nak at that time baru pukul 11 lebih..dee punya exam start pukul 12.30 until 2.30. Bila dee dah nak start exam dia kata dia dah sampai kL Sentral dee terkejut lah . cepatnye . kebetulan ada member satu kampung dee dekat situ dee suruh dia lepak dengan member dee tu . dia cakap tak nak sebab tak nak kacau member dee date dengan bf dia . dia kata dia sanggup tunggu sampai dee habis exam dee terharu sangat bila dia cakap macam tu.

Lepas dee habis exam tu, dee cepat-cepat ambil beg terus keluar pergi KLCC tunggu LRT. dee sampai, jumpa dia then kitorang decide tengok wayang dekat Mid Valley jaa sebab malas jalan jauh. hee . dah sampai Mid Valley kitorang tengok cerita Dark Flight . sumpah cerita ni seram gila plus kelakar . mula-mula dee tak nak sebab dee PENAKUT tapi disebabkan tiket Avengers dah habis dee pon setuju lah tengok cerita tu . tapi, oke lah . sebab ada kelakar kalau tak mau dee tutup mata sepanjang movie tu. haha. cerita ni dari Thailand so, paham je lah kalau dorang buat movie seram plus bunuh bunuh each other ni sangat lah terbaeek . lepas habis movie kitorang balik dengan member dee sekali.

on the way balik. ni sepet dee :p
Malam kitorang balik tu, mama dee call dia kata nak pergi rumah mak cik dee dekat Sungai Besar. adeh ! penat kot . lepas exam keluar then keluar lagi . tapi dee pergi jugak sebab dah lama tak jumpa mak cik - mak cik dee. lepas mama ambik dee dekat KTM Tg Malim terus gerak pergi Sungai Besar. fufufuu ~ so tired dude . Besok petang kitorang balik rumah . haha. sekejap kan ? sebab malam tu dee nak jumpa boy dee. yes ! kitorang jumpa lagi . for the first time kitorang jumpa 3 hari berturut . weee. mesti korang pelik kan mana datang lagi sehari tu . sehari tu sebelum dee exam esoknya. kitorang jumpa sebab mama dee ajak dia datang rumah sebab ada BBQ tapi tak jadi. so, makan tengah hari bersama family dee dengan dia je . uhuk . Malam dee balik dari Sg Besar tu, kitorang jumpa lagi sebab next day nye dia pergi PLKN . wuuu. sedih weh sebab kena jauh dari dia . That night both of us so silent. dia pelik jugak sebab before ni kalau jumpa mesti dee banyak cakap but masa tu dee senyap jaa. sebab its hard to believe bila dee kena jauh dari dia untuk 2 bukan setengah . tak lama bukan ? yep ! tapi dia dapat dekat Pahang . walaupun Pahang dengan Selangor jiran je tapi Pahang tu besau wo . haha .

Lepas kitorang jumpa, dia bagi beg plastik dekat dee. dalam beg tu ada ni.


Sebenarnya ada lagi, tapi tak kan dee nak tunjuk semua kot. maluw lah I . haha *nyampah* keychain tu dia beli masa dia pergi trip sekolah tahun lepas. tapi, yang dee terharu nye cincin tu . kalau korang nak tahu everytime kitorang jumpa dee banyak kali mintak cincin tu. dia tak bagi. sampai fed-up dee dibuatnya. dia pernah bagitau yang cincin tu special untuk dia. dee curious sangat sampai one day dee terpikir cincin tu dari first love dia kot. hahaha. teruk kan. malam tu dia bagi. dee tanya kenapa selama ni dee mintak dia tak pernah bagi. dia cakap cincin tu masih dengan dia tak kira susah atau senang . cincin tu still dengan dia. tapi sekarang dia dah ada dee. cincin tu sebagai tanda susah senang dia sekarang ada dee dekat sisi dia. SWEET sangat. tapi, dee tahan air mata dee. lepas dia hilang dari pandangan dee, dee terus nangis. dee nangis 3 hari kot. sampai badan dee jadi lemah sangat. tapi nak buat macam mana . mungkin ada hiknah disebalik kejadian ni. dee dengan dia terima dengan redha.

Nasihat dee buat pasangan dekat luar sana. Sekiranya sesuatu terjadi antara korang. cuma terima dengan fikiran positif kerana Allah tak menguji diluar kemampuan hambaNya. sentiasa berdoa semoga apa yang terjadi antara korang ada hikmah yang tersendiri. hadapi lah dengan penuh kesabaran. InyaAllah kalau ada jodoh tak kemana bukan. Salam.