Friday, August 24, 2012

Dah Beraya Kita !

Assalamualaikum. Yaay !! dah raya dah. dah seminggu raya baru nak post pasal raya orang lain second raya dah post. nampak tak kemalasan disitu. hewheww. Kalau nak story pasal raya tahun ni dee sambut raya biase je. macam biasa every year dee sambut raya kat Felda Keratong 2, Pahang. hah ? tah tahu kat mane ? sila google sekarang. >.< tahun ni family dee balik raya awal dari biasa. plan nak balik hari jumaat subuh. then, mama bagitau nenek dee yang cute miut tu terbakar. so kenalah balik awal sebab nak buat preparation . nak kemas kemas semua bagai. potong segala bahan keperluan dan sebagainya. rajinnyeww sayewww. makcik yang tengah cari menantu saye dah ready ni. haha.



gambar atas ni abah dee yang snap. sebenarnya topi tu abah dee guna untuk melindungi mukanya dari terkena sinaran UV yang bahaya. wah ! dah macam iklan sunblock yang bajet ciput je. dee saje je pakai, dengan serta merta abah keluarkan fon beliau . dee pon pe lagi. wayar photogenic dah activ dengan muka berminyaknya senyum secomel yang mungkin. haaha.


tahun ni family dee takde tema nak pakai kaler pe. random je. :) yang penting I pakai pink ok. ohohoho ~


yang baju biru tu nenek dee. comel kan dia ? kecik je. tengoklah cucu dia macam mane pulak kan. xD ni je entry yang dee sempat taip. dah malas sebenarnya. -,- btw Selam Lebaran buat kakak, abang, adik, pak cik, mak cik, dato', datin dan mereka yang chomel sudi baca blog dee ni. Ampun maaf dipinta kalau tersalah taip ok.

Wassalam. Annyong ~

Saturday, July 14, 2012

Mahu ini ~




Assalamualaikum.
Annyong ~ ^^

Dee dah tukar header baru. haha. dah lama tak menepek muka dekat header. kuikui. Ok. nampak barang kiut miut comel lote ni ? mesti dah ramai yang dah tahu pasal Polaroid atau Instant Camera ni. Dee teringin sangat nak camera ni. Kalau Dee mintak dekat abah dengan secara terbukanya beliau akan mereject. Sebab dia baru je dapat DSLR kan. Tapi Dee akan sedaya upaya nak beli camera ni. Bukan nak curang dengan DSLR kecintaan ye. Disebabkan benda terlampau comel sampai Dee boleh mengigau nak sangat benda ni. Kalau DSLR tu ade kaler pink cenggini komfem I tak curang dengan U ok. haha.

Yang best dengan camera ni sebab utama dia comel. Tu faktor tarikan utama dia. hewhew. Kedua sebab dia kaler pink. awww. Then, camera ni kecik omey dan ringan jaa. Kalau pergi travel mane-mane senang. Tak payah nak heret DSLR gedabak tu kehulur kehilir. *sori sayang I kutuk U kejap* Lepas tu kan, korang snap    je on the spot gambar akan keluar. Alarhh, macam zaman dolu-doli punya camera.

Yang tak best pulak, opkos bila dah on the spot gambar tu keluar kita tak boleh nak edit kan. Yang mane muka penuh dengan parasit jerawat tu terpaksa tepek bedak 2 inci sebab nak cover. Kalau kita guna Digital Camera atau seumpanya lepas kita snap balik kita edit dengan pelbagai software plastic surgery. Tak perlu nak tepek bedak tebal-tebal tak payah tepek pon takpe. Cukup sekadar bedak tepuk tangan. Korang tau tak bedak tepuk tangan tu macam mane ? Ala, bedak dalam botol tu. Kita letak segunung kat tapak tangan then lepas tepuk kat tangan yang ade kat muka tak sampai separuh pon. Ke Dee dorang je yang amalkan tabiat yang tidak bertamadun lagi membazir ni ? Abaikan. Haaa.

Kau dah kenapa Dee tiba-tiba haaa. -,- . Walau macam mana pun, Dee nekad nak beli Polaroid ni sebab kecomelan dan kemerahjambuan dia. Cancel nak kumpul duit pergi Genting. fufufuu ~ xD

KUN ~ (end)

Wednesday, July 11, 2012

Korean Food Daebak !

Annyong ~
Ampun maaf sebab dah lama sangat tak update blog kecintaan ni. dah 2 bulan baru kembali. :D
nama restaurant yang kitorang pergi
Nak bagitau ni. Haritu kan. Dee dengan cousin - cousin kesayangan Dee kan. Pergi makan makanan korea. Tapi bukan dekat korea oke. Duit tak mengizinkan pergi ke sana. wuuu. Dapat makan makanan diorang pun dah kira oke. Mesti korang pelik kan. Yes ! Last time ade jugak Dee pergi kedai makanan korea tapi tu dekat Food Court je. This time restaurant oke. haha. bunyi bangga lah pulak an. aish ~. Tempat ni dekat Ampang je. Siapa rasa tak jauh tu boleh pergi. Tempat ni tersangatlah AWESOME . Most penempatan dia hangul people or orang korea. sebab tu diorang gelar Ampang Korean Village. Teruja gila masa pergi tu. Bukan teruja je. Batak pon ade jugak. hahaha. >.<  tak mahu taip panjang korang layan gambar je lah oke. *dasar pemalas*
pemandu berhemah is here. berhemah ke ?

tukang mencekik gedik di belakang. >.<
another tukang mencekik. haha
interior design dia creative sangat. siap ade pokok kat tingkat atas.nama pon Sweetree kan tapi fake je lah. hehehe. 





Sementara tunggu waiter tu ambil order kitorang. ape lagi. cam whore lah masing-masing. haha. macam - macam posse ade. silalah  tengok dengan hati terbuka ye. >.<




Then, tengah membuzykan diri dengan cam whore. Owner kedai ni sambut kitorang. Kesian tengok ajusshi (pakcik) ni berpeluh. Dah lah setiap customer dia layan yang best nye dia boleh ingat customer dia sebab cousin Dee pernah datang sini dulu. Dia lah yang recommend makan kat sini kat dalam gambar ni yang pakai spect tu. Masa ahjusshi ni jumpa kitorang dia siap tegur Kak Dhira ''This is your second time right ?'' kitorang time tu. WUOHH. dia ingat lagi kot. Padahal dah dekat 3 bulan Kak Dhira tak datang sini. Ahjusshi ni tunjuk dekat kitorang cara nak buat dessert korea. Rasa dia sangat asak-asak (crunchy). awwww. suka sangat.




 Lepas puas kitorang cam whore, *tipu tak puas langsung rasa tak nak balik* waiter tu datang then order. about 20 minit later one by one makanan yang kitorang order tu sampai. Duguen duguen (thump thump).


Tadaaaa ~~ :D

kimchi pancake

bibimbap

Jajjangmyun ! Dee punya oke.

rice with bulgogi soup. (daging)

kimbap

Nampak macam tak banyak kan. Niat di hati nak order lagi tapi takut tak terhabis pulak. Seriously, sangat kenyang oke. Dah lah mangkuk besar kot. Boleh muat kepala dee. HAHA. 

muka kekenyangan. Alhamdulillah.
 Sedaapppp sangat !!! dah habis makan kitorang sambung ambil gambar lagi. Nampak tak gelojoh. Orang lain lepas makan rehatkan perut yang sedia maklum kekenyangan. Kitorang pi bantai snap gambar lagi. keke




 Finally, journey kitorang sampai sini je. Snap gambar dengan ahjusshi ni. Yang snap ni dongsaeng (adik) ahjusshi ni. Lawa kot. Putih derr. Korean normal lah kan. fufuuu ~






Oke tipu sebenarnya journey kitorang ade lagi. Lepas pergi resturant tu. Kitorang pergi korean market kat sebelah restaurant tu. AWESOME gila weh. Masuk market tu keliling kitorang orang Korea. Terasa macam dekat oversea pon ade. HAHA. environment dia. barang-barang dalam market ni semua 100% imported dari Korea. Lepas ni mana nak bahan masakan korea korang tu boleh datang sini. Semua yang korang nak ade.




Finally, habis dah journey kitorang pergi Korean Ampang Village. Ending journey kirorang beli ddeokbukki dekat Korean Food Market tu. Siapa-siapa yang teringin makan makanan korea tu boleh lah pergi sini. Kalau first time datang Ampang ajak lah kawan sekali. Kalau kawan tu jenis tak makan makanan korea cakap kat diorang tak payah risau sebab restaurant ni ada jual Malay dengan Western . So, siapa yang tak nak teman korang tu jangan nak bagi alasan sebab tak biasa makan pelik-pelik ye. HAHA. xD

2 Jalan Ampang Putra, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

kalau takut sesat korang call sini : 03-4251 7242 


KUN ~ (end)

Friday, May 11, 2012

umpama magnet


Annyong chingu yaa ~ *sambil kenyit mata* musim berkabung dah berlalu. si Dia pon kedengaran bahagia disana. k ayat skema. straight to the point. nampak tak title kat atas nuh. jangan risau memang takde kena mengena dengan sains atau sewaktu dengannya. -.- dan dee bukan student sains pon. *merapu*

Kalau korang perasan nama profile fb kawan-kawan korang masing-masing letak nama glamour lah kan. tapi ada sesetengah warga fb ni nama fb diorang berdasarkan lagu, drama, penyanyi even artis k-pop yang hangat menyengat masa ni. contohnya untuk lagu yang FEYMES sekarang ni Mr. Saxobeat. alaaa lagu yang lirik dia ulang benda yang sama sepanjang lagu tu. dee tengok kebanyakan kawan fb dee semua dok pakat beramai-ramai letak nama sendiri kat depan tambah Saxobeat dekat belakang. Saxobeat sangat *tangan kat bahu mata keatas*

Contoh untuk drama pulak, sekarang ni tengah tayang cerita Seindah Sakura. di TV3 setiap isnin hingga khamis jam tak ingat. slot akasia okeh ! *promote sat* mula lah masing tukar nama sakura something something. yang paling nampak sekali nama artis korea @ k-pop pujaan hati. >.< tapi ramai yang buat nama k-pop ni dekat dalam kurungan jaa. sebagai nama kedua lah kan. Sebenarnya dee tak kisah pon. sebab tu hak persendirian masing-masing kan. sebab dee sendiri macam tu. dekat dalam kurungan untuk nama fb dee Sis Mong. mana dapat pengaruh tu ? Opkos lah Runningman . keke. apa ? korang tak pernah tengok citer ni ?. DIE !. haha korang kena tengok sumpah best. dee bagi jaminan dekat korang mesti korang akan addict lepas ni. dah tengok jangan cari sebab pengaruh dari dee . *lari tajuk*

uh oh, nak bagitau korang berat dee dah naik SEKILO *baca dengan nada rendah sekilo tu* haha. terharu kot. at least ada peningkatan. *muka terharu*

abaikan kaki  tak cantik tu. ye ! selipar dee kaler lain-lain . kesah pulak . kbye



Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum..

Surprise !! rindu dee tak ? tak ? kesah pulak. haha. Sebenarnya dee dah lama tak update blog ni sebab dee busy yang teramat sangat *muka serius* semester dee pressure sangat then last semester..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..assignment dah hantar, exam dah jawab, presentation day pon not so bad.. dee tunggu markah je ni. harap-harap smua oke.. korang doakan tau.. :)

Masa exam pengajian malaysia haritu, tak ingat hari ape..dee jumpa boy dee tu pon last minute sebab masa tu kebetulan dia dekat KTM Rawang on the way nak balik rumah dia . Time tu dee tengah buat preparation nak exam kat kolej dee, then dia bagitau dia dekat mana . Dee ingat saja ajak dia keluar pergi kL lepas dee habis exam . Dee text lah dia nak ajak bagai, mula dia tak nak then dee pujuk baru dia nak at that time baru pukul 11 lebih..dee punya exam start pukul 12.30 until 2.30. Bila dee dah nak start exam dia kata dia dah sampai kL Sentral dee terkejut lah . cepatnye . kebetulan ada member satu kampung dee dekat situ dee suruh dia lepak dengan member dee tu . dia cakap tak nak sebab tak nak kacau member dee date dengan bf dia . dia kata dia sanggup tunggu sampai dee habis exam dee terharu sangat bila dia cakap macam tu.

Lepas dee habis exam tu, dee cepat-cepat ambil beg terus keluar pergi KLCC tunggu LRT. dee sampai, jumpa dia then kitorang decide tengok wayang dekat Mid Valley jaa sebab malas jalan jauh. hee . dah sampai Mid Valley kitorang tengok cerita Dark Flight . sumpah cerita ni seram gila plus kelakar . mula-mula dee tak nak sebab dee PENAKUT tapi disebabkan tiket Avengers dah habis dee pon setuju lah tengok cerita tu . tapi, oke lah . sebab ada kelakar kalau tak mau dee tutup mata sepanjang movie tu. haha. cerita ni dari Thailand so, paham je lah kalau dorang buat movie seram plus bunuh bunuh each other ni sangat lah terbaeek . lepas habis movie kitorang balik dengan member dee sekali.

on the way balik. ni sepet dee :p
Malam kitorang balik tu, mama dee call dia kata nak pergi rumah mak cik dee dekat Sungai Besar. adeh ! penat kot . lepas exam keluar then keluar lagi . tapi dee pergi jugak sebab dah lama tak jumpa mak cik - mak cik dee. lepas mama ambik dee dekat KTM Tg Malim terus gerak pergi Sungai Besar. fufufuu ~ so tired dude . Besok petang kitorang balik rumah . haha. sekejap kan ? sebab malam tu dee nak jumpa boy dee. yes ! kitorang jumpa lagi . for the first time kitorang jumpa 3 hari berturut . weee. mesti korang pelik kan mana datang lagi sehari tu . sehari tu sebelum dee exam esoknya. kitorang jumpa sebab mama dee ajak dia datang rumah sebab ada BBQ tapi tak jadi. so, makan tengah hari bersama family dee dengan dia je . uhuk . Malam dee balik dari Sg Besar tu, kitorang jumpa lagi sebab next day nye dia pergi PLKN . wuuu. sedih weh sebab kena jauh dari dia . That night both of us so silent. dia pelik jugak sebab before ni kalau jumpa mesti dee banyak cakap but masa tu dee senyap jaa. sebab its hard to believe bila dee kena jauh dari dia untuk 2 bukan setengah . tak lama bukan ? yep ! tapi dia dapat dekat Pahang . walaupun Pahang dengan Selangor jiran je tapi Pahang tu besau wo . haha .

Lepas kitorang jumpa, dia bagi beg plastik dekat dee. dalam beg tu ada ni.


Sebenarnya ada lagi, tapi tak kan dee nak tunjuk semua kot. maluw lah I . haha *nyampah* keychain tu dia beli masa dia pergi trip sekolah tahun lepas. tapi, yang dee terharu nye cincin tu . kalau korang nak tahu everytime kitorang jumpa dee banyak kali mintak cincin tu. dia tak bagi. sampai fed-up dee dibuatnya. dia pernah bagitau yang cincin tu special untuk dia. dee curious sangat sampai one day dee terpikir cincin tu dari first love dia kot. hahaha. teruk kan. malam tu dia bagi. dee tanya kenapa selama ni dee mintak dia tak pernah bagi. dia cakap cincin tu masih dengan dia tak kira susah atau senang . cincin tu still dengan dia. tapi sekarang dia dah ada dee. cincin tu sebagai tanda susah senang dia sekarang ada dee dekat sisi dia. SWEET sangat. tapi, dee tahan air mata dee. lepas dia hilang dari pandangan dee, dee terus nangis. dee nangis 3 hari kot. sampai badan dee jadi lemah sangat. tapi nak buat macam mana . mungkin ada hiknah disebalik kejadian ni. dee dengan dia terima dengan redha.

Nasihat dee buat pasangan dekat luar sana. Sekiranya sesuatu terjadi antara korang. cuma terima dengan fikiran positif kerana Allah tak menguji diluar kemampuan hambaNya. sentiasa berdoa semoga apa yang terjadi antara korang ada hikmah yang tersendiri. hadapi lah dengan penuh kesabaran. InyaAllah kalau ada jodoh tak kemana bukan. Salam.

Monday, February 13, 2012

He mentioned me !!!!!

Assalamualaikum semua ~



See ?????? aaa!!! *jerit teruja* jangan bagitau yang korang tak kenal Hafiz Zainal ni..bagi yang tak tahu sila klik sebelah ni http://flylik3abird.blogspot.com/ .. dah bace dah ??  sebenarnya dee kenal Hafiz Zainal ni dekat youtube..kalau yang new tab korang tengah bukak youtube sila search Hafiz Zainal SEKARANG ! nampak tak CAPS LOCK tu ?? buat lah pe lagi..haha..siyez first time dee dengar suara dia ni..i'm melting..just like chocolate..dee tak mau sembang banyak..korang dengarlah sendiri okeh..selamat mencairkan hati korang.. XDD

Saturday, February 4, 2012

My Second Contest

Assalamualaikum kalian :)

Korang sihat ? Dee harap korang sihat-sihat ea.. Straight to the point.. sebelum tu korang suka dengar radio HotFm tak ? Bagi peminat tegar HotFm mesti dah pernah dengar pasal contest ni kan ? Bagi yang belum, meh cheq cita kat hangpa.. Contest ni berkaitan dengan lagu Love Story nyanyian Melly Goeslaw ft Irwansyah.. dee yakin mesti ramai dah dengar lagu ni..dee pon cuba-cubalah join contest ni..


Kat bawah 'menang tiket' tu lah borang penyertaan dia..cuma ceritakan kisah cinta korang si dia tetapi cerita orang tu haruslah mempunyai kaitan dengan lirik lagu ni..


Nampak tak ? penyertaan dee dah terima..dee masuk ni pun sebab suka-suka jaa..kalau dpat alhamdulillah..dee masuk kan kisah dee masa first time dee jumpa mr simple dee..hehe..bagi yang berminat still boleh join lagi.. ape lagi.. layari http://www.hotfm.com.my/ SEKARANG !!! >.<

Tuesday, January 31, 2012

Bila post status tanpa berfikir

Assalamualaikum..post kali ni agak memalukan bagi dee.. -.-'' korang nak tahu sebab ape ? ni haaa..












TADAAA !!!


nampak tak ? dee post kat status dee baru je tadi..tak lama lepas tu dee tengok abah dee komen status ni..dee tuju status tu untuk sayang dee sebenarmye..tapi macam mane abah dee bole komen kat sini..argghhh !! sumpah malu sangat time tu..tapi sekarang dah oke daa..lagipun abah dee tau dee couple dengan Si Dia sebab parents dee dah kenal dia..hehehe.. tapi jujur dee bagi tau dee malu gile larh.. >.<

Wednesday, January 25, 2012

Dari lelaki jadi perempuan ??

Assalamuailaikum..Annyong~ *sambil lambai2 tangan*

Sori sebab dah lame tak post sebarang entry dekat blog dee..miyane~ *sorry* :( bukan dee tak nak post..jom kite pergi ke tajuk utama..*wink wink*

Seriously, dee memang tak paham sangat dengan kaum lelaki sekarang..dari lelaki nak jadi perempuan..ape masalah diorang ni sebenarnya..kalau lelaki yang lembut dee boleh terima lagi..even dia lembut tapi dia still sedar dia lelaki..dress up lelaki..sebab dee ade kawan macam ni..tapi, kalau yang lembut tapi tak sedar diri awak tu LELAKI ..paham ? jom eja sesame.. L.E.L.A.K.I. kalau tak paham jugak tak tahu lah.. *geram*


Ni yang dee bace dalam paper 2 hari lepas..korang bayangkan..semata-mata nak jadi sebijik macam perempuan laki atas ni sanggup keluarkan duit berpuluh riban..kalau kau guna duit tu pegi umrah lagi bagus nokk..memang lah hak individu..tetapi, sedarlah..agama islam sendiri melarang umatnya menukar jantina..fikir-fikirkan lah..dekat malaysia terlalu ramai kaum hawa..tak payah lah nak tambahkan lagi kaum hawa..aish.. -.-''


Mesti dah ramai baca pasal artikel dalam Harian Metro ni kan..kalau yang dah baca mesti tau..walaupun ada kesan sampingan bila dia buat segala pembedahan termasuk buang bahagian sulit..diorang ni macam tak kesah jaa..sanggup tanggung semua risiko tu nanti..RM 70k tu boleh buat macam2 lah selain buat pembedahan tak berfaedah tu..kalau dee lepas bayar hutang ptptn kot..kepada yang dah terjadi macam ni..kite sebagai manusia yang prihatin..kita doa-doakan lah supaya diorang akan terima hidayah kembali ke pangkal jalan..AMIN ~

Wednesday, January 11, 2012

Hang Out !

Assalamualaikum.. :)

Korang sihat tak ? Hehe.. :D seperti yang korang tahu..korean wave sudah melanda ke negara kita.. dari segi lagu sampai lah dress up diorang menjadi kegilaan ramai rakyat malaysia.. Mesti korang rasa entry ni macam takde kena mengena dengan title dekat atas..relax dulu derr... ni baru intro nye... Sekarang baru kita masuk tajuk utama..omboih, tajuk utama dah macam penyampai berita pulak..

Baru-baru ni. dee keluar dengan cousin dee..nak tahu tak kitorang pergi mane ? kalau korang tak nak tahu pun dee nak bagitau jugak :p .. Kitorang pergi The Garden.. please jangan tanya dekat mane.. oke lah..bagi yang tak tahu..The Garden ni bersebelahan dengan Mid Valley..ape ? korang tahu ? haa..tu lah dia..kitorang pergi The Garden semata-mata pergi makan makanan korea..haha.. macam tak logik kan ? orang lain keluar pergi shopping..kitorang keluar sebab nak makan.. hohohoo >o<


Ni lah kedai dia, menurut maklumat yang dee tahu..pemilik kedai ni memang asal dari korea..dia dah 8 tahun stay dekat malaysia ni..awesome kan ? haha.. yang masak makanan ni budak melayu..dia nak tunjuk makanan ni halal..lagipun memang ada tanda halal bagi menunjukkan tanda tu dia upah budak melayu yang masak tapi setiap makanan yang dimasak pemilik kedai ni akan perhatikan..


Ni lah makanan yang kitorang order hari tu.. meh sini dee bagitau apa dia..

Atas : Kimchi Ramyun (Ramen) Kimchi ni sejenis makanan yang dijerukkan..majoriti dekat malaysia ni kita jerukkan buah kan ? yang ini sayur..dengan gaulan serbuk lada merah dan bahan2 lain..diperapkan selama seharian..

Tengah : Tteokbokki (spicy rice cake) rice cake atau dalam bahasa melayu nya kuih beras *macam pelik jaa bunyi* makanan ni diperbuat daripada beras pulut yang telah diproses..proses membuat rice cake ni sangatlah rumit..seriously rasa dia unik gila..sebab dia kenyal.. memang feeling gila dee masa makan Tteokbokki ni..masa mula-mula makan takde lah pedas sangat..dee wondering jugak ape yang spicy nye ?? dah banyak tu baru terasa pedasny.. merah muka cousin dee makan ni..dah lah dia putih.. huhu =>

Bawah : Bibimbap ( mixed rice with vegetable ) haaa..makanan ni dee punya.. korang nampak tak mangkuk kecik tu ? tu lah kimchi soup.. kimchi soup ni dia serve sekali dengan Bibimbap..bagi peminat drama korea..jom kita buat preview sikit..pernah tengok full house ? ada satu part han ji eun ( song hye kyo ) makan Bibimbap ni..tapi dia buat sendiri..tetiba Yeung Zhe ( Rain ) kata tu makanan anjing.. haha.. sangat kelakar..

Ni sedikit sebanyak gambar kitorang dekat The Garden..enjoy.. ^_^











Ending nye kitorang pergi KL Wedding Expo.. tak bernafas dee tengok baju-baju kahwin ni..tapi Expo ni ramai cina..sebab nak chinese New Year kot..citer pasal Chinese New Year ni. Si Dia ajak pergi rumah atuk cina dia..sebab even ayah dia dah convert islam tapi diorang still rapat as a family.. tapi dee segan kot..kalau mama dee izinkan insyaAllah dee pergi.. *wink wink*