Wednesday, January 11, 2012

Hang Out !

Assalamualaikum.. :)

Korang sihat tak ? Hehe.. :D seperti yang korang tahu..korean wave sudah melanda ke negara kita.. dari segi lagu sampai lah dress up diorang menjadi kegilaan ramai rakyat malaysia.. Mesti korang rasa entry ni macam takde kena mengena dengan title dekat atas..relax dulu derr... ni baru intro nye... Sekarang baru kita masuk tajuk utama..omboih, tajuk utama dah macam penyampai berita pulak..

Baru-baru ni. dee keluar dengan cousin dee..nak tahu tak kitorang pergi mane ? kalau korang tak nak tahu pun dee nak bagitau jugak :p .. Kitorang pergi The Garden.. please jangan tanya dekat mane.. oke lah..bagi yang tak tahu..The Garden ni bersebelahan dengan Mid Valley..ape ? korang tahu ? haa..tu lah dia..kitorang pergi The Garden semata-mata pergi makan makanan korea..haha.. macam tak logik kan ? orang lain keluar pergi shopping..kitorang keluar sebab nak makan.. hohohoo >o<


Ni lah kedai dia, menurut maklumat yang dee tahu..pemilik kedai ni memang asal dari korea..dia dah 8 tahun stay dekat malaysia ni..awesome kan ? haha.. yang masak makanan ni budak melayu..dia nak tunjuk makanan ni halal..lagipun memang ada tanda halal bagi menunjukkan tanda tu dia upah budak melayu yang masak tapi setiap makanan yang dimasak pemilik kedai ni akan perhatikan..


Ni lah makanan yang kitorang order hari tu.. meh sini dee bagitau apa dia..

Atas : Kimchi Ramyun (Ramen) Kimchi ni sejenis makanan yang dijerukkan..majoriti dekat malaysia ni kita jerukkan buah kan ? yang ini sayur..dengan gaulan serbuk lada merah dan bahan2 lain..diperapkan selama seharian..

Tengah : Tteokbokki (spicy rice cake) rice cake atau dalam bahasa melayu nya kuih beras *macam pelik jaa bunyi* makanan ni diperbuat daripada beras pulut yang telah diproses..proses membuat rice cake ni sangatlah rumit..seriously rasa dia unik gila..sebab dia kenyal.. memang feeling gila dee masa makan Tteokbokki ni..masa mula-mula makan takde lah pedas sangat..dee wondering jugak ape yang spicy nye ?? dah banyak tu baru terasa pedasny.. merah muka cousin dee makan ni..dah lah dia putih.. huhu =>

Bawah : Bibimbap ( mixed rice with vegetable ) haaa..makanan ni dee punya.. korang nampak tak mangkuk kecik tu ? tu lah kimchi soup.. kimchi soup ni dia serve sekali dengan Bibimbap..bagi peminat drama korea..jom kita buat preview sikit..pernah tengok full house ? ada satu part han ji eun ( song hye kyo ) makan Bibimbap ni..tapi dia buat sendiri..tetiba Yeung Zhe ( Rain ) kata tu makanan anjing.. haha.. sangat kelakar..

Ni sedikit sebanyak gambar kitorang dekat The Garden..enjoy.. ^_^











Ending nye kitorang pergi KL Wedding Expo.. tak bernafas dee tengok baju-baju kahwin ni..tapi Expo ni ramai cina..sebab nak chinese New Year kot..citer pasal Chinese New Year ni. Si Dia ajak pergi rumah atuk cina dia..sebab even ayah dia dah convert islam tapi diorang still rapat as a family.. tapi dee segan kot..kalau mama dee izinkan insyaAllah dee pergi.. *wink wink*

No comments:

Post a Comment