Tuesday, June 4, 2013

HOMO ?

Assalamualaikum.. Anneyeong *bow*

"I knew you were trouble went you walk in, shame on me now" Taylor Swift.

Mesti time baca lirik tu korang menyanyi kan ? hikhik. sape tak kenal Taylor Swift kan. tapi topik kali ni bukan pasal Taylor ni ok. kalau nak pergi google dia sekarang. >.<

dee nak cerita pasal homoseksual ataupon hubungan sejenis. macam yang korang tau. negara kita sendiri Malaysia ni pon ade golongan macam tu jugak.


tapi kat Malaysia tak nampak sangat kaum homo ni. macam nampak lelaki berpeluk jalan sama sama or same with that. paling paling pon kita nampak mat mat bangla jalan kat tepi jalan pegang tangan. korang ponn mula lahhh " eh ! kau tengok mat bangla dua orang tu ? eeee. " the fxct ! diorang pegang tangan tu sebab diorang takde orang lain selain daripada kawan dia tu. family dorang jauh. dee pulak yang emo ni. hakhak. xD


dee tau ramai yang sedar ade sebahagian kita kaum perempuan yang dress up macam lelaki even jalan, cakap, gaya dia macam lelaki. kadang-kadang hensem lagi diorang ni dari lelaki. the other word is PENGKID. maybe ade reader ni kawan orang macam ni. even dee sendiri ade kawan macam ni. tapi...tak salah kalau kita nak berkawan dengan orang macam ni. KAWAN je okey ! kalau boleh jangan sampai perasaan kawan tu berubah macam korang sayangkan dia lebih dari tu.

ade sesetengah perempuan siap couple dengan orang macam ni. kalau yang setakat suka suka tu dee memang tak nak masuk campur sangat. lantak korang lahh. yang dee risaukan yang serius couple dengan golongan pengkid nii. dah terang korang tau dia perempuan kan. awatlah hangpa pi bagi 100% perasaan sayang korang tu dekat depa nii. SANGAT TAK BERBALOI.


dear girls, pernah tak korang bayangkan naik satu pelamin dengan orang yang korang sayang dan insan tu haruslah lelaki.. dee tahu  ramai yang couple bukan nak bazirkan perasaan semata bukan ? mesti kalau boleh harap hubungan tu berkekalan sepanjang hidup kita. even have a baby with him right. tak payah malu malu lah. dee tahuu. alolololo ~ . dee jugak tahu ramai yang menangis bila break up dengan pengkid nii. jangan bazir air mata untuk mereka yang tak sepatutnya kita tangisi ok sayang ? simpan air mata tu sampai diijabkan kabulkan dengan insan yang dijodohkan dengan kita. saat tu ape yang ditangisi bukan kesedihan. tapi airmata tanda kesyukuran.



buat girls yang anggap diri dia lelaki, take it easy darling. jangan berubah drastik sangat kalau tak boleh. contohnya, yang suka buat rambut style lelaki tu. ape kate korang cuba pakai sepit rambut yang comel comel tu. kalau segan beli senyap senyap jee. tak pun suruh kawan belikan. cuba pakai dekat rumah sebagai permulaan. tengok cermin. mula mula korang akan rasa " geli lah wehh ! dah macam ape entah !" . baru nak cuba biasalah. kalau korang selalu pakai comel kot sebab dee tahu kalau korang hensem gila dari lelaki kalau balik ke perempuan confirm lagi cantik dari hot bitch kat luar tu. SUMPAH WEHH !

dee harap sangat kaum macam ni akan kurang dekat negara kita. agama sendiri melarang kita berpakaian macam lelaki kan. dee yakin korang boleh berubah. dee pon dalam proses nak ubahkan diri menjadi lebih baik. marilah kita sama sama berubah. wahhhh . macam buat kempen pilihanraya toqq. teehee.

KUN. 
XOXO


Saturday, May 11, 2013

Si Debab

Assalamualaikum. Anneyeong ~

Entry lagi. yeay !! Kali ni dee nak introduce team member baru dalam family dee. ramai yang tak tahu yang mama dee mengandung. umur dah dekat 20 ada adik lagi ? yes. mama dee muda lagi kott. dia bersalinkan dee masa umur dia 20tahun. zaman dulu kalau kahwin lambat sikit je dah bising. ingat lagi dee pernah tanya dengan mama kenapa kahwin umur 20. mama cakap "abah kau tu yang dah gatal sangat. eh." haha. nenek dee lagi awal ok. umur nenek kahwin masa 16tahun. hamek kau ! kalau kira sekarang form 2 kot. tapi tu dolu-dolu punya cerita. zaman sekarang kalau yang umur sekolah menengah lagi tu pergi tanya mak bapak nak kahwin boleh idak. memang kena campak periuk belanga tembaga lah jawabnya. dah koma. tak kahwin lah kome ~. eh, berjela pulak intro. drum please, dumm dummm dumm dummm. NOW LET ME INTRODUCE .........












                                  MUHAMAD HAZIM AFNAN BIN MOHD KHARUNIZAM

OMEY KANNNN ? haha. time ni dia baru lepas mandi. dah macam E.T dah tengok dia berbalut dengan tuala macam ni. mama dee cakap muka dia macam korea. semua pengaruh tu datang dari dee. eh, biarlah. hahahaha xD. gambar ni masa umur dia baru sebulan lebih. hikhik.

2 bulan kemudian.........










                  yeahh ! ni budak mendebab. dee tak balik kampung baru sebulan. dah jadi macam ni adik oii. 

tengok dia expression muka dia. HAHA. geram dee. masa ni dia busy layan Ironman 2. mata tak        berkelip tengok TV.

pandai pulak dia tengok camera. keke

inilah adik baru dee. umur dia sekarang dah 4bulan tapi berat dia dah 8kg wehh. kalau dukung dia sumpah tak boleh lelama. kalau dukung lelama tak lama lepas tu korang takkan dapat rasa deria rasa tangan korang. so BEWARE. nasiblah kau comel adik oii. 

see ? adik lagi besar dari along. ihik. xD

wasalam. KUN ~

Saturday, April 20, 2013

Precious



Assalamualaikum. Anneyeong yeorubun ~ 

Semalam, masa dee balik kelas. dee terjumpa handphone dekat dalam KTM. dee nak bagi dekat owner tu tapi tak sempat sebab pintu ktm tu dah tutup. dee dah menggelabah ape nak buat dengan fon ni. dee pandang boyfie dengan kawan dia. diorang pandang tempat lain. nampak kekurangan asam masin cap pak mat disitu. -,- dee try nak call owner tu. bila cuba bukak phone pulak guna pattern lock. kami bertiga pon cuba sedaya tak berapa nak upaya unlock phone tu. Tapi diakhiri dengan email yang tak tahu ape passowordnya. dee pergi kedai phone cuba kot-kot orang kedai tu boleh unlock ke.but, the result mengecewakan. Nak tak nak dee terpaksa tunggu owner or sape sape call phone yang dee jumpa tu.

Tak lama lepas tu, owner tu call. dekat screen phone nama Mak. dee angkat then discuss camne nak pulangkan phone ni. At the end kitorang decide nak jumpa dekat stesen LRT Hang Tuah sebab owner tu keje dekat Maharajalela. Before dee pulang phone tu dee ade class. owner tu asyik call dee tanya dee balik class bila. Sampai satu text dia bagi dekat dee "Adik, dah habis class mesej akak tau, phone tu hadiah pertunangan akak. mintak tolong ye dik" see ? betapa pentingnya phone tu bagi dia. After class, dee pulang phone tu dekat owner, then dapatlah 10 hengget sebab tolong jagakan phone dia. orang kata rezeki jangan ditolak. setelah beberapa kali scene tolak menolak berlaku dipintu masuk stesen LRT tu. dee pon ambiklah. THE END ~

Woii, belum habis lagilah. hahaha. tapi kalau rasa tak sudi nak baca bebelan dee ni takpe lahh. *ayat mintak belas ehsan muka seposen* Nampak tak moralnya disini. Betapa perlunya kita hargai sesuatu. Even phone takde dekat tangan sekejap pun dah kelam kabut mencari. Inikan pulak sesuatu yang berharga.


Setiap orang pasti ada sesuatu yang mereka hargai, tak kira lah barangan penting, orang penting mahupun perkara. Nama pun hargai. Bila kita hargai tu bermakna kita kena jaga sesuatu itu dengan sehabis baik. Samalah macam kehidupan kita.




 Kita kena hargai seseorang yang penting dalam hidup kita tak kiralah family, boyfriend/girlfriend ataupun best friend. Hargailah mereka selama mereka masih ada lagi disisi kita sebelum mereka hilang dalam hidup kita. Layan seseorang tu dengan baik, buat sesuatu perkara yang boleh mereka hargai perkara itu.

Masa. Dari sekolah lagi cikgu perhimpunan setiap hari isnin duduk bebel pasal masa ni. Sambil dia bebel sambil kita cerita pasal drama korea dekat 8tv pukul 8.30 malam tadi dekat dalam barisan tu. *ke aku sorang je macam tu*. dulu tak reti nak download. harapkan tv jelah. Cikgu dok bebel pasal disiplin masa. tepati lah masa. bla..bla..bla..time sekolah biasa lah. masuk kanan kiri melayang ke lain. Tapi bila dah habis sekolah baru lah dok terpikir ape yang cikgu bebel dulu. 


Hargailah masa sebaik mungkin. Cuba korang bayangkan, korang kena jupa seseorang ni sebab nak discuss benda penting. Tapi korang buat tak tahu je. Saje je lambat-lambat. Bila discuss tu ambik masa yang lama. Kebetulan pulak hari korang jumpa anniversary kahwin orang yang korang jumpa tu. Dah lambat pulak orang tu balik. Balik je rumah tengok isteri orang tu macam mencuka macam diperap berpuluh tahun dalam botol tu. Gaduh pulak. Kan ke dah merosakkan masjid orang. So, hargai masa seboleh-bolehnya masa tak boleh diputar balik. kalau korang suruh Jimmy kepala besar rambut aiskrim tu pun. Bukan dia boleh bawak korang balik ke masa silam. *Merapu* 

Last word dari dee. " Hargai benda itu macam sayangkan diri sendiri. Jangan dicampakkan sesuka hati kerana yang tercampak itu mungkin sukar nak dicari"

Wassalam. Kun. The End. :D

Tuesday, March 12, 2013

He is the one

Assalamualaimualaikum and Anneyeong *lambai lambai tangan*

Fuhhh fuhhh. mak aih bersawang dah blog dee ni. Ni bukan bersawang namanya sempat terkubur kejap. HAHA. -_______- oke bukan sekejap. Dah setahun tak post ape ape. Takde idea ok. Now with new life, new love and new story. Eh, new love ? Yes saya tukar boypreng lagi. keke. Yang lama mane ? Dah takde jodoh kot, ayat klise phuuiii.

Nak cerita pasal new love ni kelakar sangat sebenarnya. Cuba korang bayangkan, ok pejam mata sekarang. eh, tak payah lahh. kalau korang pejam sape pulak yang baca dee taip banyak-banyak ni. korang bayangkan je lah. kawan lelaki yang selama ni korang memang anggap sebagai kawan boleh jadi salah seorang yang penting dalam hati korang.


kelakar kot, dee dengan dia ni memang rapat. bila dee ade masalah dengan ex dee dulu. he always there heard it. nak dijadikan cerita kitorang ni kenal masa dee mula-mula masuk kompang dekat kampung dee dulu. eh, i reti kompang ok, wahh ! kelass kauu. HAHA. time ni dee dengan kawan kawan perempuan dee adalah budak perempuan yang first masuk kompang wakil kampung dee. sebab selama ni diorang ambik budak lelaki. dee masuk pon sebab kawan dee ajak. lagipun practice kompang tu malam cuti sekolah. daripada bosan dok rumah dee join lahh.


dia ni pemalu sangat budaknya, lagi lagi kalau dengan perempuan yang dia tak rapat. HAHA. comelkan. >.< dee ni kan memang muka tak malu. semua budak laki dalam kompang tu dee layan. bukan layan yang bukan bukan tu ok. no no no. dee sembang, gurau dengan diorang tak kira lah berape umur diorang. KEKE. one day tu, group kompang ni kena buat opening untuk hari sukan sekolah dee. benda ni jadi 3 tahun lepas, masa   tu rehat lepas practice. masa dee nak pergi ambik air time ni budak budak bawah dee tanya ape name dee sebab masa tu baru lagi dee dalam group. yang tanya tu dia lahh.


bila dah selalu jumpa time practice kompang, kitorang pon dah start rapat. kalau takde practice kompang dia dengan kawan kawan dia. jap, kawan dia kawan dee jugak. diorang rajin lepak rumah dee. pergi kenduri sama sama. macam korang dengan kawan lelaki korang lah kann. rupanya bila dah rapat dia ni suka sangat kacau dee. sakat sakat dee. ye lahh, dee kan pendek. sobbss. sebenarnya, bila kitorang dah start rapat peresaan dee dekat dia jadi lain. tak macam kawan. tapi dee ignored jee sebab dee still nak jaga relay dee dengan ex.


bila dee ada problem, dialah yang selalu dengar. kalau dee bosan dekat dia lah dee bebel banyak banyak. yang dia ni pon dengar je. yang kelakarnya, dee cakap beratus patah. dia jawab dua tiga ketul jee. ade ke patut. hampeh betul mamat ni. tapi dia sebab dia pemalu takpe lahh, HAHA. until one day tu, dee gaduh besar dengan ex dee. lepas tu dee ngadu dekat dia, masa dee ngadu tu dee menangis dalam fon. masa call tu dia tanya dee dekat mana, dee bagitau dia matikan call. tak lama lepas tu tetiba dia muncul. dia tenangkan dee. masa tu dee terharu sangat sangat. sebab dia sanggup buat macam tu. masa tu dia bengang sangat dengan ex dee sebab buat dee macam tu. siap nak pergi bargaduh kott. dee tak sangka sangat sampai macam tu sekali dia marah dekat ex dee.


tak lama lepas tu, dee clash dengan ex dee. now here we are, one step forward in our friendship. dee selesa sangat dengan dia. sebab kitorang start as a friend, walaupun kitorang baru je 3 bulan. tapi rasa macam dah 3 tahun. dia selalu tolong dee, family diorang pon kenal dee. one more thing, rupanya kitorang dee sedara. tapi sedara jauh jauh jauh jauh jauh jauh sangat. entah macam mana pusing nya dee pon tak tahu. setakat bau bau pelam macam tu je lahh. HEHEHE. bak maii cheq mention sikit nama dia.

Woi Muhammad Nur Azri aka Jery. Thanks sebab selalu dengar masalah aku, dengar bebel aku. kau kan suka dengar aku cakap. entah apa yang seronok pon aku tak tahuu. HAHA. Aku sayangg kau wehh. Thanks abang. :)

note : apa yang kita kejar selama ni tak dapat biar kan. sebab Allah tu tahu ape yang terbaik untuk kita. perhatikan depan mata kita dan hargailah sebaiknya. xD