Saturday, April 20, 2013

Precious



Assalamualaikum. Anneyeong yeorubun ~ 

Semalam, masa dee balik kelas. dee terjumpa handphone dekat dalam KTM. dee nak bagi dekat owner tu tapi tak sempat sebab pintu ktm tu dah tutup. dee dah menggelabah ape nak buat dengan fon ni. dee pandang boyfie dengan kawan dia. diorang pandang tempat lain. nampak kekurangan asam masin cap pak mat disitu. -,- dee try nak call owner tu. bila cuba bukak phone pulak guna pattern lock. kami bertiga pon cuba sedaya tak berapa nak upaya unlock phone tu. Tapi diakhiri dengan email yang tak tahu ape passowordnya. dee pergi kedai phone cuba kot-kot orang kedai tu boleh unlock ke.but, the result mengecewakan. Nak tak nak dee terpaksa tunggu owner or sape sape call phone yang dee jumpa tu.

Tak lama lepas tu, owner tu call. dekat screen phone nama Mak. dee angkat then discuss camne nak pulangkan phone ni. At the end kitorang decide nak jumpa dekat stesen LRT Hang Tuah sebab owner tu keje dekat Maharajalela. Before dee pulang phone tu dee ade class. owner tu asyik call dee tanya dee balik class bila. Sampai satu text dia bagi dekat dee "Adik, dah habis class mesej akak tau, phone tu hadiah pertunangan akak. mintak tolong ye dik" see ? betapa pentingnya phone tu bagi dia. After class, dee pulang phone tu dekat owner, then dapatlah 10 hengget sebab tolong jagakan phone dia. orang kata rezeki jangan ditolak. setelah beberapa kali scene tolak menolak berlaku dipintu masuk stesen LRT tu. dee pon ambiklah. THE END ~

Woii, belum habis lagilah. hahaha. tapi kalau rasa tak sudi nak baca bebelan dee ni takpe lahh. *ayat mintak belas ehsan muka seposen* Nampak tak moralnya disini. Betapa perlunya kita hargai sesuatu. Even phone takde dekat tangan sekejap pun dah kelam kabut mencari. Inikan pulak sesuatu yang berharga.


Setiap orang pasti ada sesuatu yang mereka hargai, tak kira lah barangan penting, orang penting mahupun perkara. Nama pun hargai. Bila kita hargai tu bermakna kita kena jaga sesuatu itu dengan sehabis baik. Samalah macam kehidupan kita.




 Kita kena hargai seseorang yang penting dalam hidup kita tak kiralah family, boyfriend/girlfriend ataupun best friend. Hargailah mereka selama mereka masih ada lagi disisi kita sebelum mereka hilang dalam hidup kita. Layan seseorang tu dengan baik, buat sesuatu perkara yang boleh mereka hargai perkara itu.

Masa. Dari sekolah lagi cikgu perhimpunan setiap hari isnin duduk bebel pasal masa ni. Sambil dia bebel sambil kita cerita pasal drama korea dekat 8tv pukul 8.30 malam tadi dekat dalam barisan tu. *ke aku sorang je macam tu*. dulu tak reti nak download. harapkan tv jelah. Cikgu dok bebel pasal disiplin masa. tepati lah masa. bla..bla..bla..time sekolah biasa lah. masuk kanan kiri melayang ke lain. Tapi bila dah habis sekolah baru lah dok terpikir ape yang cikgu bebel dulu. 


Hargailah masa sebaik mungkin. Cuba korang bayangkan, korang kena jupa seseorang ni sebab nak discuss benda penting. Tapi korang buat tak tahu je. Saje je lambat-lambat. Bila discuss tu ambik masa yang lama. Kebetulan pulak hari korang jumpa anniversary kahwin orang yang korang jumpa tu. Dah lambat pulak orang tu balik. Balik je rumah tengok isteri orang tu macam mencuka macam diperap berpuluh tahun dalam botol tu. Gaduh pulak. Kan ke dah merosakkan masjid orang. So, hargai masa seboleh-bolehnya masa tak boleh diputar balik. kalau korang suruh Jimmy kepala besar rambut aiskrim tu pun. Bukan dia boleh bawak korang balik ke masa silam. *Merapu* 

Last word dari dee. " Hargai benda itu macam sayangkan diri sendiri. Jangan dicampakkan sesuka hati kerana yang tercampak itu mungkin sukar nak dicari"

Wassalam. Kun. The End. :D

5 comments:

  1. wah..bagus2..ye la, bayangkan klu kte kt tmpt org tu..:)

    http://mysaraabrahman.blogspot.com/2013/04/segalanya-di-handphone-menyebabkan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ? sebab tu kena prihatin dengan keadaan sekeliling. :D

      Delete
  2. kena hargai semua yang ada pada kita, satu saat ia pergi mungkin kita akan regret.

    ReplyDelete