Friday, May 11, 2012

umpama magnet


Annyong chingu yaa ~ *sambil kenyit mata* musim berkabung dah berlalu. si Dia pon kedengaran bahagia disana. k ayat skema. straight to the point. nampak tak title kat atas nuh. jangan risau memang takde kena mengena dengan sains atau sewaktu dengannya. -.- dan dee bukan student sains pon. *merapu*

Kalau korang perasan nama profile fb kawan-kawan korang masing-masing letak nama glamour lah kan. tapi ada sesetengah warga fb ni nama fb diorang berdasarkan lagu, drama, penyanyi even artis k-pop yang hangat menyengat masa ni. contohnya untuk lagu yang FEYMES sekarang ni Mr. Saxobeat. alaaa lagu yang lirik dia ulang benda yang sama sepanjang lagu tu. dee tengok kebanyakan kawan fb dee semua dok pakat beramai-ramai letak nama sendiri kat depan tambah Saxobeat dekat belakang. Saxobeat sangat *tangan kat bahu mata keatas*

Contoh untuk drama pulak, sekarang ni tengah tayang cerita Seindah Sakura. di TV3 setiap isnin hingga khamis jam tak ingat. slot akasia okeh ! *promote sat* mula lah masing tukar nama sakura something something. yang paling nampak sekali nama artis korea @ k-pop pujaan hati. >.< tapi ramai yang buat nama k-pop ni dekat dalam kurungan jaa. sebagai nama kedua lah kan. Sebenarnya dee tak kisah pon. sebab tu hak persendirian masing-masing kan. sebab dee sendiri macam tu. dekat dalam kurungan untuk nama fb dee Sis Mong. mana dapat pengaruh tu ? Opkos lah Runningman . keke. apa ? korang tak pernah tengok citer ni ?. DIE !. haha korang kena tengok sumpah best. dee bagi jaminan dekat korang mesti korang akan addict lepas ni. dah tengok jangan cari sebab pengaruh dari dee . *lari tajuk*

uh oh, nak bagitau korang berat dee dah naik SEKILO *baca dengan nada rendah sekilo tu* haha. terharu kot. at least ada peningkatan. *muka terharu*

abaikan kaki  tak cantik tu. ye ! selipar dee kaler lain-lain . kesah pulak . kbye



No comments:

Post a Comment