Friday, May 11, 2012

umpama magnet


Annyong chingu yaa ~ *sambil kenyit mata* musim berkabung dah berlalu. si Dia pon kedengaran bahagia disana. k ayat skema. straight to the point. nampak tak title kat atas nuh. jangan risau memang takde kena mengena dengan sains atau sewaktu dengannya. -.- dan dee bukan student sains pon. *merapu*

Kalau korang perasan nama profile fb kawan-kawan korang masing-masing letak nama glamour lah kan. tapi ada sesetengah warga fb ni nama fb diorang berdasarkan lagu, drama, penyanyi even artis k-pop yang hangat menyengat masa ni. contohnya untuk lagu yang FEYMES sekarang ni Mr. Saxobeat. alaaa lagu yang lirik dia ulang benda yang sama sepanjang lagu tu. dee tengok kebanyakan kawan fb dee semua dok pakat beramai-ramai letak nama sendiri kat depan tambah Saxobeat dekat belakang. Saxobeat sangat *tangan kat bahu mata keatas*

Contoh untuk drama pulak, sekarang ni tengah tayang cerita Seindah Sakura. di TV3 setiap isnin hingga khamis jam tak ingat. slot akasia okeh ! *promote sat* mula lah masing tukar nama sakura something something. yang paling nampak sekali nama artis korea @ k-pop pujaan hati. >.< tapi ramai yang buat nama k-pop ni dekat dalam kurungan jaa. sebagai nama kedua lah kan. Sebenarnya dee tak kisah pon. sebab tu hak persendirian masing-masing kan. sebab dee sendiri macam tu. dekat dalam kurungan untuk nama fb dee Sis Mong. mana dapat pengaruh tu ? Opkos lah Runningman . keke. apa ? korang tak pernah tengok citer ni ?. DIE !. haha korang kena tengok sumpah best. dee bagi jaminan dekat korang mesti korang akan addict lepas ni. dah tengok jangan cari sebab pengaruh dari dee . *lari tajuk*

uh oh, nak bagitau korang berat dee dah naik SEKILO *baca dengan nada rendah sekilo tu* haha. terharu kot. at least ada peningkatan. *muka terharu*

abaikan kaki  tak cantik tu. ye ! selipar dee kaler lain-lain . kesah pulak . kbye



Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum..

Surprise !! rindu dee tak ? tak ? kesah pulak. haha. Sebenarnya dee dah lama tak update blog ni sebab dee busy yang teramat sangat *muka serius* semester dee pressure sangat then last semester..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..assignment dah hantar, exam dah jawab, presentation day pon not so bad.. dee tunggu markah je ni. harap-harap smua oke.. korang doakan tau.. :)

Masa exam pengajian malaysia haritu, tak ingat hari ape..dee jumpa boy dee tu pon last minute sebab masa tu kebetulan dia dekat KTM Rawang on the way nak balik rumah dia . Time tu dee tengah buat preparation nak exam kat kolej dee, then dia bagitau dia dekat mana . Dee ingat saja ajak dia keluar pergi kL lepas dee habis exam . Dee text lah dia nak ajak bagai, mula dia tak nak then dee pujuk baru dia nak at that time baru pukul 11 lebih..dee punya exam start pukul 12.30 until 2.30. Bila dee dah nak start exam dia kata dia dah sampai kL Sentral dee terkejut lah . cepatnye . kebetulan ada member satu kampung dee dekat situ dee suruh dia lepak dengan member dee tu . dia cakap tak nak sebab tak nak kacau member dee date dengan bf dia . dia kata dia sanggup tunggu sampai dee habis exam dee terharu sangat bila dia cakap macam tu.

Lepas dee habis exam tu, dee cepat-cepat ambil beg terus keluar pergi KLCC tunggu LRT. dee sampai, jumpa dia then kitorang decide tengok wayang dekat Mid Valley jaa sebab malas jalan jauh. hee . dah sampai Mid Valley kitorang tengok cerita Dark Flight . sumpah cerita ni seram gila plus kelakar . mula-mula dee tak nak sebab dee PENAKUT tapi disebabkan tiket Avengers dah habis dee pon setuju lah tengok cerita tu . tapi, oke lah . sebab ada kelakar kalau tak mau dee tutup mata sepanjang movie tu. haha. cerita ni dari Thailand so, paham je lah kalau dorang buat movie seram plus bunuh bunuh each other ni sangat lah terbaeek . lepas habis movie kitorang balik dengan member dee sekali.

on the way balik. ni sepet dee :p
Malam kitorang balik tu, mama dee call dia kata nak pergi rumah mak cik dee dekat Sungai Besar. adeh ! penat kot . lepas exam keluar then keluar lagi . tapi dee pergi jugak sebab dah lama tak jumpa mak cik - mak cik dee. lepas mama ambik dee dekat KTM Tg Malim terus gerak pergi Sungai Besar. fufufuu ~ so tired dude . Besok petang kitorang balik rumah . haha. sekejap kan ? sebab malam tu dee nak jumpa boy dee. yes ! kitorang jumpa lagi . for the first time kitorang jumpa 3 hari berturut . weee. mesti korang pelik kan mana datang lagi sehari tu . sehari tu sebelum dee exam esoknya. kitorang jumpa sebab mama dee ajak dia datang rumah sebab ada BBQ tapi tak jadi. so, makan tengah hari bersama family dee dengan dia je . uhuk . Malam dee balik dari Sg Besar tu, kitorang jumpa lagi sebab next day nye dia pergi PLKN . wuuu. sedih weh sebab kena jauh dari dia . That night both of us so silent. dia pelik jugak sebab before ni kalau jumpa mesti dee banyak cakap but masa tu dee senyap jaa. sebab its hard to believe bila dee kena jauh dari dia untuk 2 bukan setengah . tak lama bukan ? yep ! tapi dia dapat dekat Pahang . walaupun Pahang dengan Selangor jiran je tapi Pahang tu besau wo . haha .

Lepas kitorang jumpa, dia bagi beg plastik dekat dee. dalam beg tu ada ni.


Sebenarnya ada lagi, tapi tak kan dee nak tunjuk semua kot. maluw lah I . haha *nyampah* keychain tu dia beli masa dia pergi trip sekolah tahun lepas. tapi, yang dee terharu nye cincin tu . kalau korang nak tahu everytime kitorang jumpa dee banyak kali mintak cincin tu. dia tak bagi. sampai fed-up dee dibuatnya. dia pernah bagitau yang cincin tu special untuk dia. dee curious sangat sampai one day dee terpikir cincin tu dari first love dia kot. hahaha. teruk kan. malam tu dia bagi. dee tanya kenapa selama ni dee mintak dia tak pernah bagi. dia cakap cincin tu masih dengan dia tak kira susah atau senang . cincin tu still dengan dia. tapi sekarang dia dah ada dee. cincin tu sebagai tanda susah senang dia sekarang ada dee dekat sisi dia. SWEET sangat. tapi, dee tahan air mata dee. lepas dia hilang dari pandangan dee, dee terus nangis. dee nangis 3 hari kot. sampai badan dee jadi lemah sangat. tapi nak buat macam mana . mungkin ada hiknah disebalik kejadian ni. dee dengan dia terima dengan redha.

Nasihat dee buat pasangan dekat luar sana. Sekiranya sesuatu terjadi antara korang. cuma terima dengan fikiran positif kerana Allah tak menguji diluar kemampuan hambaNya. sentiasa berdoa semoga apa yang terjadi antara korang ada hikmah yang tersendiri. hadapi lah dengan penuh kesabaran. InyaAllah kalau ada jodoh tak kemana bukan. Salam.

Monday, February 13, 2012

He mentioned me !!!!!

Assalamualaikum semua ~



See ?????? aaa!!! *jerit teruja* jangan bagitau yang korang tak kenal Hafiz Zainal ni..bagi yang tak tahu sila klik sebelah ni http://flylik3abird.blogspot.com/ .. dah bace dah ??  sebenarnya dee kenal Hafiz Zainal ni dekat youtube..kalau yang new tab korang tengah bukak youtube sila search Hafiz Zainal SEKARANG ! nampak tak CAPS LOCK tu ?? buat lah pe lagi..haha..siyez first time dee dengar suara dia ni..i'm melting..just like chocolate..dee tak mau sembang banyak..korang dengarlah sendiri okeh..selamat mencairkan hati korang.. XDD

Saturday, February 4, 2012

My Second Contest

Assalamualaikum kalian :)

Korang sihat ? Dee harap korang sihat-sihat ea.. Straight to the point.. sebelum tu korang suka dengar radio HotFm tak ? Bagi peminat tegar HotFm mesti dah pernah dengar pasal contest ni kan ? Bagi yang belum, meh cheq cita kat hangpa.. Contest ni berkaitan dengan lagu Love Story nyanyian Melly Goeslaw ft Irwansyah.. dee yakin mesti ramai dah dengar lagu ni..dee pon cuba-cubalah join contest ni..


Kat bawah 'menang tiket' tu lah borang penyertaan dia..cuma ceritakan kisah cinta korang si dia tetapi cerita orang tu haruslah mempunyai kaitan dengan lirik lagu ni..


Nampak tak ? penyertaan dee dah terima..dee masuk ni pun sebab suka-suka jaa..kalau dpat alhamdulillah..dee masuk kan kisah dee masa first time dee jumpa mr simple dee..hehe..bagi yang berminat still boleh join lagi.. ape lagi.. layari http://www.hotfm.com.my/ SEKARANG !!! >.<

Tuesday, January 31, 2012

Bila post status tanpa berfikir

Assalamualaikum..post kali ni agak memalukan bagi dee.. -.-'' korang nak tahu sebab ape ? ni haaa..












TADAAA !!!


nampak tak ? dee post kat status dee baru je tadi..tak lama lepas tu dee tengok abah dee komen status ni..dee tuju status tu untuk sayang dee sebenarmye..tapi macam mane abah dee bole komen kat sini..argghhh !! sumpah malu sangat time tu..tapi sekarang dah oke daa..lagipun abah dee tau dee couple dengan Si Dia sebab parents dee dah kenal dia..hehehe.. tapi jujur dee bagi tau dee malu gile larh.. >.<

Wednesday, January 25, 2012

Dari lelaki jadi perempuan ??

Assalamuailaikum..Annyong~ *sambil lambai2 tangan*

Sori sebab dah lame tak post sebarang entry dekat blog dee..miyane~ *sorry* :( bukan dee tak nak post..jom kite pergi ke tajuk utama..*wink wink*

Seriously, dee memang tak paham sangat dengan kaum lelaki sekarang..dari lelaki nak jadi perempuan..ape masalah diorang ni sebenarnya..kalau lelaki yang lembut dee boleh terima lagi..even dia lembut tapi dia still sedar dia lelaki..dress up lelaki..sebab dee ade kawan macam ni..tapi, kalau yang lembut tapi tak sedar diri awak tu LELAKI ..paham ? jom eja sesame.. L.E.L.A.K.I. kalau tak paham jugak tak tahu lah.. *geram*


Ni yang dee bace dalam paper 2 hari lepas..korang bayangkan..semata-mata nak jadi sebijik macam perempuan laki atas ni sanggup keluarkan duit berpuluh riban..kalau kau guna duit tu pegi umrah lagi bagus nokk..memang lah hak individu..tetapi, sedarlah..agama islam sendiri melarang umatnya menukar jantina..fikir-fikirkan lah..dekat malaysia terlalu ramai kaum hawa..tak payah lah nak tambahkan lagi kaum hawa..aish.. -.-''


Mesti dah ramai baca pasal artikel dalam Harian Metro ni kan..kalau yang dah baca mesti tau..walaupun ada kesan sampingan bila dia buat segala pembedahan termasuk buang bahagian sulit..diorang ni macam tak kesah jaa..sanggup tanggung semua risiko tu nanti..RM 70k tu boleh buat macam2 lah selain buat pembedahan tak berfaedah tu..kalau dee lepas bayar hutang ptptn kot..kepada yang dah terjadi macam ni..kite sebagai manusia yang prihatin..kita doa-doakan lah supaya diorang akan terima hidayah kembali ke pangkal jalan..AMIN ~

Wednesday, January 11, 2012

Hang Out !

Assalamualaikum.. :)

Korang sihat tak ? Hehe.. :D seperti yang korang tahu..korean wave sudah melanda ke negara kita.. dari segi lagu sampai lah dress up diorang menjadi kegilaan ramai rakyat malaysia.. Mesti korang rasa entry ni macam takde kena mengena dengan title dekat atas..relax dulu derr... ni baru intro nye... Sekarang baru kita masuk tajuk utama..omboih, tajuk utama dah macam penyampai berita pulak..

Baru-baru ni. dee keluar dengan cousin dee..nak tahu tak kitorang pergi mane ? kalau korang tak nak tahu pun dee nak bagitau jugak :p .. Kitorang pergi The Garden.. please jangan tanya dekat mane.. oke lah..bagi yang tak tahu..The Garden ni bersebelahan dengan Mid Valley..ape ? korang tahu ? haa..tu lah dia..kitorang pergi The Garden semata-mata pergi makan makanan korea..haha.. macam tak logik kan ? orang lain keluar pergi shopping..kitorang keluar sebab nak makan.. hohohoo >o<


Ni lah kedai dia, menurut maklumat yang dee tahu..pemilik kedai ni memang asal dari korea..dia dah 8 tahun stay dekat malaysia ni..awesome kan ? haha.. yang masak makanan ni budak melayu..dia nak tunjuk makanan ni halal..lagipun memang ada tanda halal bagi menunjukkan tanda tu dia upah budak melayu yang masak tapi setiap makanan yang dimasak pemilik kedai ni akan perhatikan..


Ni lah makanan yang kitorang order hari tu.. meh sini dee bagitau apa dia..

Atas : Kimchi Ramyun (Ramen) Kimchi ni sejenis makanan yang dijerukkan..majoriti dekat malaysia ni kita jerukkan buah kan ? yang ini sayur..dengan gaulan serbuk lada merah dan bahan2 lain..diperapkan selama seharian..

Tengah : Tteokbokki (spicy rice cake) rice cake atau dalam bahasa melayu nya kuih beras *macam pelik jaa bunyi* makanan ni diperbuat daripada beras pulut yang telah diproses..proses membuat rice cake ni sangatlah rumit..seriously rasa dia unik gila..sebab dia kenyal.. memang feeling gila dee masa makan Tteokbokki ni..masa mula-mula makan takde lah pedas sangat..dee wondering jugak ape yang spicy nye ?? dah banyak tu baru terasa pedasny.. merah muka cousin dee makan ni..dah lah dia putih.. huhu =>

Bawah : Bibimbap ( mixed rice with vegetable ) haaa..makanan ni dee punya.. korang nampak tak mangkuk kecik tu ? tu lah kimchi soup.. kimchi soup ni dia serve sekali dengan Bibimbap..bagi peminat drama korea..jom kita buat preview sikit..pernah tengok full house ? ada satu part han ji eun ( song hye kyo ) makan Bibimbap ni..tapi dia buat sendiri..tetiba Yeung Zhe ( Rain ) kata tu makanan anjing.. haha.. sangat kelakar..

Ni sedikit sebanyak gambar kitorang dekat The Garden..enjoy.. ^_^











Ending nye kitorang pergi KL Wedding Expo.. tak bernafas dee tengok baju-baju kahwin ni..tapi Expo ni ramai cina..sebab nak chinese New Year kot..citer pasal Chinese New Year ni. Si Dia ajak pergi rumah atuk cina dia..sebab even ayah dia dah convert islam tapi diorang still rapat as a family.. tapi dee segan kot..kalau mama dee izinkan insyaAllah dee pergi.. *wink wink*